Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 24, 2010

taNgGungJawAb wAniTA...

Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung & melahirkan anak.
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar tetapi suami tidak perlu.

Wanita wajib taat kepada suami tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya (tetapi wajib taat pada ibunya)
Talak teletak di tangan suami dan bukannya isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid & nifas yang tak ada pada lelaki.Pernahkah kita lihat sebaliknya???
Benda yang mahal harganya akan dijaga & dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok & selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah2 bukan?? itulah bandingnya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita???

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya & tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak2nya.

Wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak, tetapi setiap saat dia (wanita) didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:-
Ayahnya
Suaminya
Anak lelakinya
Saudara lelakinya

Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana2 pintu syurga yang disukainya dengan 3 syarat:-
Puasa di bulan Ramadhan
Taat kepada suaminya
Sembahyang 5 waktu

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH , wanita itu akan turut menerima pahala seperti orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH, sayangnya ALLAH kepada wanita kan??




No comments:

Post a Comment